Chad

Negara Islam Yang Cuba Dihancurkan Oleh Pentadbiran Kolonialis Perancis

colonial

Di dalam bab awal buku ini, kita telah menekankan bagaimana "rompakan" yang dilakukan oleh kuasa-kuasa kolonialis telah mengeringkan sumber-sumber asli di kesemua kawasan di Afrika dan seterusnya membawa mereka ke dalam lubuk kemiskinan yang amat dahsyat. Bangsa Barat yang melihat orang-orang Afrika sebagai "bangsa primitif yang masih belum tamat proses evolusi" dan menganggap mereka yang tinggal di sana boleh dieksploitasikan, sebenarnya melakukan penindasan terhadap umat Islam. Penindasan tersebut dilakukan secara terbuka di antara abad ke-15 dan ke-19, selepas itu dilakukan secara tersembunyi pada abad ke-20.

chad map

Kuasa-kuasa kolonialis seperti Britain dan Perancis meninggalkan kawasan tersebut selepas mereka tidak lagi boleh berkuasa di Afrika. Namun demikian, mereka meninggalkan rejim-rejim boneka yang mempunyai hubungan erat dengan kuasa-kuasa kolonialis tersebut. Polisi ini membolehkan sebuah sistem kolonialis beroperasi di bawah kepura-puraan yang baru. Kerajaan-kerajaan yang mempunyai rangkaian erat dengan bekas kuasa-kuasa kolonialis masih memerintah beberapa buah negara di Afrika sehingga ke hari ini, dan mereka telah melakukan kekejaman yang melampau. Pentadbiran-pentadbiran boneka ini secara lazimnya adalah beragama Kristian atau pun golongan-golongan minoriti di negara-negara Islam. Dengan sokongan Barat yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan minoriti ini, mereka berupaya melakukan penindasan yang berterusan terhadap umat Islam. Kesannya, peperangan saudara yang besar telah meletus di antara umat Islam majoriti dengan pentadbiran-pentadbiran minoriti, dan mereka akhirnya terjebak ke dalam kawah peperangan. Konflik-konflik ini masih berterusan di kebanyakan negara sehingga hari ini.

Cara lain yang digunakan oleh kuasa-kuasa kolonialis adalah dengan memperkenalkan pemimpin-pemimpin berpengaruh yang berjaya mendapat simpati masyarakat. Barat memakaikan mereka topeng keagamaan, namun sebenarnya mereka adalah seorang yang antiagama. Tidak kira bagaimana kerajaan-kerajaan ini mengaku Islamik, namun mereka sebenarnya menindas umat Islam dan menghalang mereka dari menunaikan kewajipan agama. Contoh paling jelas yang dapat dilihat adalah seperti di Algeria dan Tunisia.

Sejarah Chad juga hampir serupa seperti Algeria dan Tunisia. Chad berjaya mendapatkan kemerdekaan selepas bertahun-tahun lamanya dijajah, selepas perang saudara yang panjang dan kekacauan yang tidak pernah reda.

Sejarah Kolonialisme di Chad

The people of Chad, persecution

Penjajahan Perancis, yang berlangsung dari tahun 1900 sehingga 1960, telah menyaksikan per- laksanaan polisi-polisi yang kejam, menindas dan zalim. Perancis telah melancarkan peperan- gan ke atas rakyat Chad dan Islam dengan menggunakan kereta kebal, rifel dan bom. Selepas kemerdekaan, rejim pro-Perancis telah meneruskan lagi penindasan.

Chad menjadi sebuah negara Islam apabila Raja Kanem memeluk Islam pada tahun 1086, dan pada abad ke-16 ia merupakan salah satu dari negara terkaya dan terkuat di wilayah tersebut. Namun demikian, kerajaan tersebut telah dilemahkan oleh satu pembahagian dalaman pada abad ke-19, ditakluki oleh Perancis pada tahun 1900, dan kemudian diikat dengan koloni-koloni milik Perancis yang lain.

Sejak dari itu, kolonialis Perancis telah melancarkan peperangan menentang umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Peperangan tersebut telah menyaksikan amalan-amalan yang sangat tidak berperikemanusiaan, kezaliman, penindasan dan kekejaman. Matlamat utama adalah untuk memusnahkan identiti umat Islam Chad dan kemudian menggantikannya dengan fahaman-fahaman yang lebih bercorak materialistik dan tidak beragama.

Bagi mencapai hasrat ini, semua masjid-masjid, pengajaran al-Quran, pusat-pusat pendidikan keagamaan dan perpustakaan-perpustakaan sama ada telah ditutup atau diruntuhkan. Perancis menghalang umat Islam dari memahami agama mereka sendiri dengan mengharamkan pendidikan Islam. Mereka telah menutup kesemua pusat-pusat dan institusi-institusi keagamaan. Kebanyakan guru, imam dan pelajar dituduh terlibat dengan jenayah. Ada yang telah dibunuh sewaktu penindasan, dan ada juga terpaksa melarikan diri ke kawasan padang pasir dan pergunungan. Tokoh-tokoh agama yang ditahan sama ada dicekik atau diseksa sehingga mati. Hanya anak-anak askar Perancis yang dibenarkan belajar di sekolah-sekolah yang dibuka. Di samping itu, pusat-pusat rekreasi dan kesihatan turut dibina untuk mereka. Tiada sesiapa pun yang memberikan perhatian walau sedikit kepada masalah kesihatan penduduk tempatan.

Golongan intelektual Islam di Chad dan mereka yang berhasrat untuk lari daripada penganiyaan yang berlaku terpaksa bergerak dari satu negara ke satu negara. Beberapa orang tokoh agama telah diarak dalam keadaan bogel di sekitar bandar, kehormatan wanita dicabuli, dan mereka kemudiannya dijatuhkan hukuman mati. Segala macam bentuk ibadat dan perjumpaan keagamaan dianggap sebagai jenayah di negara tersebut. Pada tahun 1917, pentadbiran Perancis di Chad telah melakukan satu penbunuhan beramai-ramai yang amat besar. Dengan mengumumkan bahawa satu konferens akan diadakan untuk membina kembali kehidupan keagamaan di Chad, Perancis telah menjemput para ulama yang masih berada di Chad. Hal ini merupakan satu kejadian yang sungguh tidak diduga. Walau bagaimanapun, para Pesuruhjaya Perancis telah dibawa masuk dan beratus-ratus orang pembunuh yang dilengkapi dengan pisau dan kerambit telah disediakan. Kawasan persekitaran telah pun dibersihkan daripada penduduk awamnya, dan unit-unit militari telah bersedia dan berada dalam kedudukan masing-masing. Ketika setiap orang mula menyedari terdapat plot yang dirancang oleh Perancis, ia sudah pun terlambat. Pada akhirnya, di sana sini terdapat jasad-jasad kaku. Berek-berek dibasahi dengan darah manusia. Setelah selesai kesemuanya, mereka yang melakukan pembunuhan itu melambai-lambaikan pisau mereka dan menjerit kegirangan.

Konflik di antara penduduk tempatan dan askar-askar Perancis berlaku selama bertahun-tahun. Pada 1960, Chad akhirnya berjaya mendapatkan kemerdekaan. Namun, seperti kebanyakan negara-negara Afrika yang lain, kemerdekaan tidak semestinya membawa kedamaian dan keselamatan kepada rakyat. Ini kerana orang-orang Kristian dari Parti Progresif, yang memiliki rangkaian erat dengan bekas kolonialis Perancis, telah menjadi tunjang pemerintahan negara yang memiliki umat Islam sebagi majoriti.

Mereka menurut jejak langkah Perancis dalam melakukan kezaliman dan penindasan. Berlaku tentangan hebat dari umat Islam terhadap François Tombalbaye yang memegang jawatan Presiden dan Pedana Menteri. Dan apabila para intelektual Chad yang menyuarakan protes dibunuh, berlakulah kebangkitan di seluruh negara. Berikutan itu, tercetuslah serangan balas hebat yang ditujukan kepada umat Islam Chad. Seorang penulis Iraq, Imaduddin Khalil telah menggambarkan kejadian tersebut di dalam bukunya Afrika Dramy (Drama di Afrika):

Pada 22 Mac 1963, kabinet Chad telah disusun semula, dengan menyaksikan kesemua umat Islam disingkirkan dari kedudukan mereka, dan umat bukan Islam telah dibawa masuk bagi menggantikan mereka. Menteri Luar sebelumnya disingkirkan, dan pada hari yang sama, presiden telah memberikan arahan menangkap ketua keadilan, menteri keadilan, pemimpin Persatuan Tanah air dan banyak lagi tokoh-tokoh terkenal. Mereka telah dibawa ke mahkamah 35 hari kemudian. Mahkamah memutuskan bahawa ketua keadilan mesti disingkirkan daripada jawatannya dan diusir keluar dengan alasan dia bukannya rakyat negara tersebut. Hartanya turut dirampas. Para tahanan yang lain ditahan di dalam penjara. Presiden kemudiannya menggunakan kekerasan dan tekanan dalam menentang pergerakan-pergerakan Islam. Ini membawa kepada tercetusnya pemberontakan yang menyaksikan seramai kira-kira seribu orang terbunuh dan ribuan yang lain cedera. Mahkamah yang kononnya didakwa sebagai mahkamah khas telah ditubuhkan, dan para pemimpin pergerakan Islam dan bekas-bekas menteri telah dibicarakan di dalamnya. Hukuman yang bermula dari penjara 15 tahun sehinggalah kepada seumur hidup telah diputuskan. Keadaan kekacauan dan tidak bertoleransi di Chad terus berlaku sehingga kini.42

Peranan Anti-Islam Israel Dalam Perang Saudara Chad

Hissene Habré

Hissene Habré

Ketidakstabilan politik di negara tersebut semakin bertambah apabila François Tombalbaye, ketua negara, menjadi mangsa dalam rampasan kuasa ketenteraan pada 1975, dan perang saudara yang bermula pada 1980 memasuki dimensi baru yang lebih serius. Terdapat dua bahagian dalam konflik yang berlaku: umat Islam di bahagian utara Chad, dan orang-orang Kristian dan puak-puak lain dengan agama mereka masing-masing di kawasan Bantu yang terletak di bahagian selatan. Namun demikian, seperti mana dalam negara-negara Dunia Ketiga, ini sebenarnya bukanlah peperangan "saudara" sama sekali. Kuasa-kuasa asing dengan aktif memberikan sokongan kepada para pejuang. Israel yang sudah semestinya menentang Islam, mendahului senarai kuasa-kuasa asing tersebut dengan mempertahankan Bantu di kawasan selatan.

Pemimpin umat Islam di bahagian utara ialah Goukouni Ouedde. Perkara menarik ialah pemimpin perikatan Kristian-Animise adalah seorang yang kononnya Islam, atau pun seorang lelaki yang mempunyai asal-usul Islam: Hissène Habré.

Israel bersama-sama dengan CIA, menyokong Habré dan memberikan kepada mereka senjata-senjata yang dibuat di Soviet. Pada tahun 1983, muncul beberapa sumber mengatakan bahawa Israel memiliki penasihat ketenteraan di Chad, dan mereka telah pergi ke sana pada bulan Ogos tahun tersebut bersama-sama dengan 2,500 orang kelompok tentera Zairois untuk memberikan sokongan kepada Habré. Ariel Sharon, "Butcher of Lebanon" dan salah seorang perancang utama penindasan di Palestin, juga telah memainkan peranan penting dalam peperangan di Chad. Beliau telah mengadakan lawatan ke Chad pada bulan Januari 1983 sebelum meninggalkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan. Berdasarkan kepada Hallahmi, lawatan Sharon ini adalah satu petanda bahawa Israel sudah bersedia untuk memainkan peranan penting di Chad.

Seperti yang telah kita lihat, Israel sekali lagi berusaha untuk menghalang kemunculan sebuah negara Islam, dan melakukan sedaya-upaya dari segi ketenteraan dan sokongan politik bagi menghalang umat Islam menjadi lebih kuat.

Masih tiada keamanan dan keselamatan di Chad selepas perang saudara. Campur tangan asing oleh Perancis dan juga Israel telah meningkatkan lagi kezaliman yang berlaku setiap hari, dan Chad terbentuk melalui rampasan kuasa ketenteraan. Kerajaan memerintah telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan berpuluh-puluh ribu orang menjadi pelarian dalam pembunuhan yang dilakukan bagi menghapuskan golongan-golongan penentang.

Situasi di Chad pada hari ini adalah salah satu contoh paling jelas tentang apa yang musuh-musuh Islam boleh lakukan ke atas negara tersebut. Segala kekayaannya telah dimusnahkan, kestabilan hanyalah satu impian, masyarakat yang pernah hidup dalam keadaan aman damai selama bertahun-tahun kini berpecah-belah akibat permusuhan, dan Chad kini menjadi papa kedana.

miserable children
old, hungry people Chad, hungry people
miserable people

Ahli-ahli arkeologi, botani dan geologi dan pakar-pakar Perancis yang lain telah datang ke Chad secara besar-be- saran untuk menjalankan penyelidikan dan kajian. Sumber-sumber bumi yang telah dikenalpasti dipin- dahkan ke Perancis. Kesannya, masyarakat tempatan yang sudah kehilangan hasil kekayaan bumi, terjebak dalam pergaduhan sesama sendiri sesudah hidup dengan aman sejak sekian lama. Chad akhirnya menjadi sebuah bangsa yang papa kedana.

Namun demikian, apa yang harus kita ingat ialah tiada sebab untuk kita berputus asa. Terdapat penyelesaian mudah bagi situasi negatif yang sedang berlaku. Ia merangkumi pengamalan ajaran moral Islam yang sebenar-benarnya. Apabila ini berlaku, segala masalah tersebut yang terbukti tidak dapat diselesaikan selama berkurun-kurun akan dapat diselesaikan satu demi satu. Kemudian, keamanan dan keselamatan akan menggantikan peperangan dan konflik. Dalam persekitaran yang dikuasai oleh ajaran moral Islam, ketidakadilan dan berat sebelah tidak dapat wujud di mana-mana.

Segala kekejaman yang berlaku di Chad sekali lagi mendedahkan bahawa dunia Islam sedang ditindas. Peperangan ideologi adalah sesuatu yang segera dan penting bagi menjernihkan semula keadaan. Umat Islam di Afrika ditindas semata-mata kerana mereka beragama Islam, dan ia adalah sesuatu yang membimbangkan setiap umat Islam di serata dunia.

Chad Chad, the sick man
Çad

Dan janganlah di antara kamu yang mempunyai kelebihan dan kelapan- gan bersumpah untuk tidak memberi (bantuan) kepada kaum kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah. Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An-Nuur, 24:22)

Kita harus sedar bahawa para pemimpin korup yang telah menindas umat Islam selama bertahun-tahun, berserta dengan para penyokongnya, sebenarnya tidak memperolehi apa-apa. Walaupun mereka mati dengan memiliki kekuasaan dunia yang paling hebat, mereka pasti jua akan menerima azab yang sangat pedih di hari akhirat nanti. Keadilan Allah akan berlaku ke atas mereka, dan setiap individu akan dipanggil untuk diperhitungkan segala amal mereka. Inilah janji Allah kepada orang-orang yang beriman, dan pada masa yang sama ia adalah sebuah janji yang sangat menggembirakan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:

Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan (menyeksa, mendatangkan bencana, membunuh dan sebagainya) kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar. (Al-Buruuj, 85:10)

Dan kalau setiap diri yang zalim itu memiliki segala apa yang ada di bumi ini, pasti dia akan menebus dirinya dengan itu, dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu. Dia telah diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dianiaya. (Yunus, 10:54)

 

Nota Kaki

42- Imaduddin Halil, Afrika Dramı (The Drama of Africa), pp. 49-50